Tempat menarik di Prague Republik Czech

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pagi ni sarapan simple je roti bakar dan cereal. Chef sediakan juga bekalan makan tengahari sandwich dan lemang berserta serunding daging.

Wertheim Village Oullet Shopping

Awal pagi kami meninggalkan Frankfurt dengan kereta sewa menuju ke Prague lebih kurang 525km dengan bantuan GPS. Dalam perjalanan kami terjumpa Wertheim Village pusat jualan barang berjenama jadi apalagi kami singgahlah. Harga memang ada diskaun dan jauh lebih murah daripada Malaysia tapi tak boleh nak shopping sangat sebab perjalanan masih jauh lagi.

Di pertengahan perjalanan kami singgah di RnR untuk makan bekalan makan tengahari. Pemandangan di kiri kanan jalan memang cantik hijau menguning warna bunga liar yang baru mengembang.

Kira-kira jam 4.00pm waktu tempatan yang lewat 6 jam daripada Malaysia kami mulai memasuki bandar Prague ibu negara Republik Czhech. Memang berbeza bagunan lama tetapi terurus dengan baik. Suhu lebih kurang 23 darjah celcius sebab tulah agaknya ramai yang dah berpakaian nipis dan ada yang buka baju (lelaki ya).

Homestay yang kami booking secara online terletak di dalam bandar Prague. Apartmentnya lebih besar daripada apartment di Frankfurt. Masalah di sini adalah parking kereta kerana kalau salah parking terutama di parking penduduk memang kena angkutlah kereta dengan polis. Alhamdulillah tak sampai 10 minit menunggu akhirnya kami dapat parking yang sesuai.

Selepas berehat sebentar kami keluar berjalan menuju ke pusat bandar Prague. Memang benar seperti sms yang diterima daripada seorang teman yang katanya Prague atau Praha ini memang bandar klasik. Senibina bagunan memang unik dan cantik. Ini mengambarkan bandar Prague ini sudah lama maju sejak beratus tahun dahulu. Sistem pengangkutan agak teratur gabungan Tram, MRT dan Teksi mungkin sebab Prague tidak terlalu sesak seperti Kuala Lumpur.

Seorang sahabat twitter Mohamad Ismail beritahu di Prague ni ada banyak kedai makan halal, pasar halal dan ada juga surau. Informasi lokasi halal dan masjid terdekat juga kami perolehi dari aplikasi Zabihah di iPhone 4s. Alhamdulillah jumpa juga kami dengan gerai kebab di pusat bandar Prague jadi tak perlulah masak malam ini. Selain tu dengan bantuan Zabihah dan GPS kami jumpa juga dua mini market halal Chez Amis dan Farah Oriental Food. Lebih kurang 5 minit perjalanan dari Chez Amis ada pusat Islam tempat umat Islam yang sangat minoriti berjumpa dan solat.

Ada yang tweet tanya cantik ke cawek di Prague sebab katanya ramai yang beritahu dia cawek Prague ini cantik-cantik dan ada yang minta ambilkan gambar.

Hari kedua di Prague selepas sarapan pagi kami pusing-pusing bandar mengantikan semalam yang tersekat akibat hujan lebat. Lupa nak cerita semalam sedang kami sibuk mencari restauran halal di Prague tiba-tiba kami terserempak dengan seorang gadis bertudung dengan pantas hero Malaya pergi bertanya. “Are you Muslim. Do you know where is halal food”. Nak tahu apa gadis bertudung tu jawab. “Saya pun tengah cari hotel saya. Saya terpisah dengan kawan-kawan”. Melayu Malaysia lah rupanya. Muka panik tapi sayang kami pun tak dapat nak tolong dan gadis itu berlalu pergi. Nak snap gambar pun tak sampai hati.

Dengan bantuan GPS kami sampai ke Old Town Square tempat sejarah punyalah ramai manusia dan bangunannya memang klasik. Selepas bergambar kami menyelusuri kedai-kedai berjenama disebelah square tersebut. Macam-macam jenama ada yang terkenal seperti LV, Gucci, Dior, Hermes dan sebagainya sehingga lah produk yang tak pernah dengan nama. Setelah survey harga di Prague lebih mahal daripada Frankfurt. Sempatlah tangkat cap satu sebagai kenangan.

Setelah makan tengah hari di Chez Amis dan beli barang halal di Farah Oriental Food kami pun bergerak ke sebuah bandar sejarah sejauh 170km melalui jalan biasa. Pasti lebih mencabar.